petua



PETUA HILANGKAN JERAWAT






Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat.

Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering.

Simpan dalam bekas kedap udara.

Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang.

Amalkan dua kali seminggu.



PETUA SENTIASA CANTIK





1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35)



Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36)




Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37)




(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;


2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.




KECILKAN PORI-PORI WAJAH 






Kulit wajah seperti kulit jeruk? Memiliki pori-pori besar di wajah memang merusak penampilan. Di tengah berbagai tawaran produk kecantikan instan, cobalah cara lebih alami untuk mengecilkan pori-pori di wajah.

Seperti dikutip dari laman Methods of Healing, berikut sejumlah bahan alami yang dapat membantu mengatasi masalah 'kulit jeruk' di wajah.

TomatO
Kandungan vitamin C yang tinggi membuat tomat sangat baik untuk kesehatan kulit. Terapkan masker tomat untuk mengecilkan pori-pori di wajah. Namun, pastikan menggunakan tomat organik untuk menjamin kemurniannya. Caranya, belah buah tomat menjadi dua, lalu haluskan dengan blender. Terapkan jus tomat di wajah. Diamkan sekitar 10 menit, kemudian bilas dengan air.

Baking Soda
Baking Soda ternyata memiliki banyak manfaat termasuk juga menyusutkan pori-pori. Gunakan sekitar dua sendok makan soda kue, campur dengan sedikit air hingga menjadi pasta. Terapkan ke kulit Anda. Biarkan sampai kering, kemudian bilas dengan air. Tidak hanya mengecilkan pori-pori, sensasi segar di kulit wajah juga akan Anda rasakan.

Cuka Apel
Yang Anda perlukan adalah cuka sari apel. Campur sekitar tiga sendok makan cuka sari apel dan satu sendok air, aduk rata. Terapkan ke wajah Anda dengan bola kapas.

Sebelum menerapkan satu dari tiga ramuan itu, pastikan wajah dalam keadaan bersih. Sebaiknya, cuci wajah dengan air hangat. Sementara setelah proses masker, gunakan air dingin untuk bilas. Air dingin akan membantu menutup dan mengecilkan pori-pori di wajah



petua resdung







PETUA RESDUNG 1Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.



PETUA RESDUNG 2


Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.



PETUA RESDUNG 3

Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.



PETUA RESDUNG 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.



PETUA RESDUNG 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

PETUA RESDUNG 6Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.



PETUA RESDUNG 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.



PETUA RESDUNG 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.



PETUA RESDUNG 9


Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.




PETUA RESDUNG 10


Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.



KESAAHAN DALAM SENAMAN 




Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Antaranya:




1)Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.





2)Tidak memanaskan badan
Ramai yang mengambil mudah terhadap perkara ini. Sedangkan memanaskan badan adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan kecederaan otot-otot anda. Luangkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk memanaskan badan sebelum anda melakukan apa-apa senaman.


3)Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.





4)Tidak menjaga pemakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.






5)Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.

Cuba elakkan 5 perkara di atas dalam memperoleh keberkesanan senaman. Senaman baik untuk tubuh badan tetapi jika kita salah konsep ia boleh membinasakan badan juga.



petua Mengatasi Masalah Perut Buncit





Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah tips2 yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Jus limau
Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan
Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa
Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur
Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan
Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan.






No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Powered By Blogger

About Me

nothing to say about me but something u should know about me is i'am a Muslim..n i'am proud to be a Muslim.

Followers